PERKASA menyampaikan rasa terima kasihnya kepada kesemua negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat dan penumpang MH370.

Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun mempersoalkan penglibatan negara-negara Islam yang bergabung dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam isu ini.

“Kita terharu atas ucapan takziah yang diterima daripada banyak negara. 

"Namun, di manakah rakan seagama yang lain iaitu negara-negara OIC?” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataanya semalam, Ibrahim mempersoalkan sama ada negara terbabit tidak mempunyai rasa simpati atas tragedi yang sukar itu.

“Apakah persahabatan hanya berlaku apabila mereka dilanda musibah sahaja?” soalnya lagi.