Pencarian pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi dibatalkan hari ini kerana cuaca buruk kata seorang pegawai tentera laut Amerika Syarikat.

Pencarian pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi dibatalkan hari ini kerana cuaca buruk kata seorang pegawai tentera laut Amerika Syarikat.

"Ramalan cuaca menyatakan pembentukan ais serta angin kencang yang teruk dan jarak penglihatan hampir sifar,' kata Leftenan Komander Adam Schantz seperti dipetik dalam laporan Reuters,

Schantz mengetuai pasukan pesawat Poseidon P8 tentera laut AS.

"Semua yang di luar sana kini dalam perjalanan balik dan semua usaha pencarian tambahan dari sini dibatalkan," tambah beliau.

Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) turut mengesahkan operasi ditangguhkan kerana faktor cuaca.

Bagaimanapun, semua kapal akan kekal berada di kawasan operasi, kata AMSA dalam kenyataan di Twitter.

Operasi hari ini melibatkan pasukan pelbagai negara mengunakan 11 pesawat dan lima buah kapal.

Operasi pencarian turut ditangguhkan hari Selasa lalu disebabkan keadaan sama di kawasan yang tidak mempunyai sebarang daratan itu.

Operasi kali ini ditumpukan di kawasan seluas kira-kira 400kilometer persegi selepas cerapan satelit menunjukkan imej 122 objek terapung di permukaan laut.

Menurut pihak berkuasa Malaysia objek berkenaan, sebesar antara satu hingga 23 meter panjang, perlu disahkan sebagai bahagian yang berpunca dari pesawat MH370 sebelum operasi seterusnya dapat dijalankan.

[Baca berita penuh]