Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan, syarikat itu berusaha sedaya upaya untuk membantu para penumpang penerbangan MH066 yang terkandas di Hong Kong, 24 Mac lalu kerana masalah generator.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini , MAS menjelaskan bahawa mereka telahpun bertindak secepat yang boleh dan cuba menempatkan penumpang dalam penerbangan lain ke Incheon.
"Selepas ketibaan, penumpang diberi baucar makanan sementara pekerja MAS di stesen Hong Kong mempercepatkan proses memindahkan penumpang kepada penerbangan lain secepat mungkin di bawah keadaan itu untuk kesemua 271 penumpang kami.
"Proses ini memerlukan kakitangan MAS memeriksa tempat duduk dan masa berlepas pelbagai syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong untuk memastikan seberapa ramai penumpang kami boleh ditempatkan ke penerbangan paling awal ke destinasi pilihan mereka," kenyataan itu dipetik.
Menurut MAS lagi, syarikat itu menugaskan kesemua sembilan orang ejennya untuk menjalankan tugas berkenaan secepat mungkin dalam suasana sibuk musim percutian yang memuncak.
Mengulas mengenai kerosakan pada pesawat tersebut, MAS menyebut ia disebabkan generator utama yang membekalkan kuasa elektrik gagal berfungsi.
“Bagaimanapun kuasa elektrik tetap berterusan dengan dibekalkan oleh unit kuasa tambahan. Pesawat itu dilencongkan ke Hong Kong untuk baikpulih.
"Sekali lagi kami mengesali insiden dan memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat dan kami berharap untuk memberi khidmat lebih baik dalam perjalanan seterusnya.”
MAS menjelaskan demikian bagi menjawab rungutan seorang penumpangnya di Facebook berhubung pengendalian penumpang yang terkandas di Hong Kong.
Penumpang menggunakan nama Abany Thamby itu mengadu bahwa Semalam pengguna Facebook bernama Abany Thamby mengadu tentang kekecewaan beliau dengan cara MAS mengendalikan penumpang yang terkandas.
Beliau berkata MAS hanya memberi maklum balas selepas majoriti dari 271 penumpang membuat bising dan menuntut agar mereka ditempatkan di penerbangan lain.
"Di terminal kami dibiarkan begitu saja tanpa ada pegawai MAS untuk membantu. Secara jujurnya saya tak pernah sampai di sini. Pihak MAS tidak bertanggungjawab dan tidak perihatin terhadap masalah pelanggan.
"Pelanggan (mengalami) trauma, letih, lapar, (tidak tahu) kepada siapa harus kita mengadu. Ada keluarga yang membawa anak anak kecil,ada perempuan mengandung,mana pegawai Mas untuk memebantu?," katanya dalam tulisan melalui Facebook kepada Malaysiakini .
Kesemua 271 penumpang tersebut selamat dalam kejadian tersebut dan berjaya meneruskan perjalanan pada hari yang samaPenerbangan dari Kuala Lumpur itu terpaksa mernPada 24 Mac penerbangan MH 066 dari Kuala Lumpur ke Icheon, Korea Selatan terpaksa mendarat di Hong Kong berikutan kerosakan generator utama.
Bagaimanapun kesemua 271 penumpang selamat dan dapat meneruskan perjalanan pada hari yang sama menerusi penerbangan lain.
