NGO P Pinang kecewa projek pulau buatan
Satu cadangan pulau buatan di Tanjung Tokong melibatkan penambakan 760 ekar tanah membuat mencetuskan reaksi di kalangan NGO tempatan yang mahu kerajaan Pulau Pinang menunjukkan bagaimana pembangunan besar-besaran itu memberi manfaat kepada penduduk negeri itu.
Dalam sidang media semalam, jaringan 14 NGO termasuk Aliran dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia berkata projek itu - yang dikenali Sri Tanjung Pinang 2 (STP2) - akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kehidupan 470 nelayan di kawasan itu dan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
STP2 dijangka meningkatkan penduduk di pulau itu oleh 202,500 - melonjak 30 peratus penduduk di kawasan pulau.
Semua NGO itu tidak berpuas hati dengan fasa pertama projek itu yang melibatkan 980 ekar tambakan tanah, hanya mempunyai Penilaian Kesan Alam Sekitar awal (EIA) tanpa penyertaan orang ramai dan telah diluluskan secara dalaman oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

