Penoreh diminta tolak dakyah pembangkang
Masyarakat penoreh getah di Baling diminta menolak dakyah pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut kenaikan harga getah pada 5 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata ini kerana pembangkang hanya mahu menggunakan pentas itu untuk memburukkan kerajaan.
Mereka sedar perhimpunan itu tidak akan menjamin harga getah akan dinaikkan dan pada masa sama mereka tidak mahu mengiktiraf usaha kerajaan selama ini dalam membantu golongan penoreh, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Harga getah anjuran kerajaan negeri di Baling semalam.
"Kerajaan pusat telah banyak melakukan kebajikan melalui agensi kerajaan seperti Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk mereka selama ini.
"Justeru penoreh getah dan pekebun kecil di daerah Baling, Sik dan Padang Terap perlu menolak usaha pembangkang untuk mengheret mereka ke dalam perhimpunan yang sia-sia itu," katanya.
-Bernama

