Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebilangan pengguna akaun Facebook dan Twitter menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan warga China yang menjadikan selebriti Malaysia sebagai sasaran kemarahan mereka susulan tragedi kehilangan MH370.

Reaksi itu timbul selepas seruan untuk memboikot artis Malaysia dilaporkan semalam.

Dalam laporan Malaysiakini semalam, warga China menerusi laman blog mikro Weibo mensasarkan selebriti Malaysia yang menempa nama di negara itu, termasuk memberi gelaran sebagai “binatang” dan “sampah”.

Mereka menyenaraikan Fish Leong, Gary Chaw, Lee Sinje and Ah Niu – yang popular dengan lagu pop dan filem di tanah besar China – dan mengajak persembahan mereka dipulaukan.

Berikut adalah beberapa komen pengguna Facebook terhadap seruan tersebut yang dikutip daripada laman Facebook Malaysiakini :

Benny Lee : Teruskan! Kita patut boikot filem bodoh kamu juga... Jangan cari pasal dengan orang Malaysia.

Zuraini Sharmila Ummi Danish : Kita boikot produk China selepas itu hantar semua pelancong China kembali ke negara terutamanya "China doll".

Pelangi Ungu : Kami sebagai rakyat Malaysia pun marah dengan sikap China yang suka menuding jari, yang tidak dapat terima hakikat.

Selain warga China yang menjadikan selebriti Malaysia sebagai sasaran, beberapa artis China turut menyatakan kemarahan terhadap tragedi itu termasuklah Zhang Ziyi.

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Chua Kelvin membidas Ziyi dan mempertahankan tindakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn yang menurutnya telah melakukan yang terbaik dalam mencari penyelesaian kepada tragedi itu.

Chua Kelvin : Cik Ziyi,  Saya menghormati anda sebagai pelakon Cina terkenal. Walaupun saya bukan seorang penyokong parti perikatan negara tercinta, saya percaya dan saya mesti mengatakan yang menteri pengangkutan telah bertindak melakukan kerja.

Dia telah melakukan yang terbaik untuk mengemaskini ataupun menyediakan semua maklumat beliau telah terima daripada luar.

Saya akan menghormati anda  lebih jika anda "mengecam"  Amerika Syarikat apabila "sengaja" mengebom kedutaan anda di Belgrade pada tahun 1999.

Manakala, beberapa pengguna Twitter turut didapati menyatakan kemarahan terhadap seruan itu.

Nad-T (@nadikawaii): Tidak mengapa. Kita tidak perlukan mereka pun, mereka boleh pergi. Bagaimana mereka boleh menyalahkan kita sedangkan kita juga kehilangan?

Kwan Hui (@kankisu): Menyalahkan kerajaan Malaysia? Cukuplah, apa benda semua ini?


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS