Pusat media berhubung perkembangan MH370 di di Kuala Lumpur akan ditutup pada 7 April ini, sebulan selepas kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu.

Menurut kementerian pengangkutan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasukan petugas teknikalnya pada hari ini.

“Semua kenyataan media (jika ada) bermula 8 April 2014 ke depan akan dikirim terus e-mel terus media yang diberikan kepada pusat media.

“Jika sidang media diperlukan, media akan diundang melalui notis,” menurut kenyataan kementerian hari ini.

Selepas sebulan, isyarat daripada kotak hitam pesawat tidak akan dapat lagi dikesan.