Pinda akta kuat kuasa kegiatan mengemis
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang meminda Akta Orang-orang Papa 1977 sedia ada dengan memperkenalkan elemen penguatkuasaan.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan itu perlu bagi membasmi kegiatan mengemis kerana undang-undang sedia ada hanya terpakai bagi tujuan perlindungan dan pemulihan terhadap golongan tersebut.
"Keraaan juga mahu menangani sindiket yang kita syak wujud di sebalik kegiatan mengemis ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu menyelamat pengemis di kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.
Rohani berkata antara hukuman dicadangkan adalah penjara, denda khidmat masyarakat dan kompaun terhadap individu yang mengeksploitasi orang lain untuk mengemis atau individu yang menjadikan mengemis sebagai karier mereka.
- Bernama

