Carian mengecil selepas isyarat kelima dikesan
Perkembangan terbaru:
- 15 pesawat , 13 kapal membantu carian hari ini
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama ( JACC ), Angus Houston berkata beliau yakin mereka sedang mencari di kawasan yang betul , tetapi bertegas untuk membuat pengesanan visual bangkai pesawat terlebih dahulu sebelum mengesahkan bahawa MH370 telah dijumpai.
Pasukan pencari cuba untuk mengesan lebih banyak isyarat manakala pingers - yang berbunyi setiap satu saat - masih memancarkan bunyi. Ia mempunyai jangka hayat yang dijamin selama 30 hari dan hari ini adalah hari 35 usaha mencari MH370.
Mengesan isyarat tambahan akan membantu pasukan pencari menentukan kawasan carian yang lebih kecil untuk robot autonomi air Bluefin - 21 selepas ini. Ia dilengkapi dengan sonar untuk memetakan dasar laut dan juga ada kamera.
Pesawat yang menggugurkan 'sonobuoys' dalam kawasan yang sama, telah mengesan isyarat kelima semalam, tetapi memerlukan analisis sebelum ia boleh ditentukan sama ada ia berkaitan dengan MH370 .
Satu carian visual oleh kapal dan pesawat udara sedang dijalankan di kawasan yang berasingan di lautan, di mana serpihan dijangka dihanyutkan.
Ikuti laporan kami yang membawa maklumat terkini mengenai operasi mencari pesawat MH370 :

