Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PAS membuat penjelasan lebih mendalam ke atas rancangan penguatkuasaan hudud di negeri itu bagi mengelak ketegangan kaum di negara ini.

Menurut laporan Berita Harian , Mustapa berkata, PAS perlu menjelaskan lebih lanjut kepada MP bukan Islam berhubung rancangan mendapatkan sokongan Parlimen untuk menguatkuasa undang-undang hudud di negeri itu.

“Dalam membentangkan usul itu, harus pastikan sudah ada satu kefahaman yang sama antara semua anggota Parlimen dan jangan berlaku reaksi berbeza kerana kalau silap, buruk padanya nanti.

“Usul seperti ini harus difahami sepenuhnya oleh semua pihak (MP Islam dan bukan Islam) supaya ia tidak menimbulkan pelbagai polemik yang boleh mencetuskan konflik di kalangan rakyat pelbagai kaum nanti,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau merujuk kepada rancangan PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan melalui MP parti itu.

Katanya, amaran itu juga mengambil kira kenyataan para MP Pakatan yang menentang keras usaha tersebut, termasuk oleh naib presiden PKR N Surendran dan juga oleh ketua publisiti DAP Tony Pua.

[Berita penuh menyusul]