Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Perginya seorang pembela rakyat
Diterbitkan:  Apr 17, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 10:53 AM

Berikut adalah sebahagian daripada reaksi terhadap pemergian peguam kanan yang juga ahli politik veteran pembangkang, Karpal Singh.


 

Christopher Leong , Presiden Majlis Peguam Malaysia

Pemergian Karpal Singh adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi Majlis Peguam dan rakyat Malaysia. Beliau merupakan 'gergasi' di kalangan warga perundangan, seorang rakyat Malaysia yang terulung dan seorang yang berhati waja.

Karpal baru-baru ini berkata jika beliau tiada lagi, 100 orang lagi Karpal akan menggantinya. Sememangnya itulah harapan saya agar ianya menjadi kenyataan kerana Malaysia memerlukan Karpal dan memerlukan lebih ramai lagi orang seperti Karpal.

Beliau merupakan antara segelintir insan yang sangat dihormati kerana kepimpinan dan keberaniannya dalam menegaknya apa yang diperjuangkannya.

Pemergiannya adalah satu kehilangan besar bagi rakyat Malaysia. Majlis Peguam mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal.

Mark Trowell, Queens Council - pemerhati bagi Lawasia dan kesatuan antara parlimen dalam kes perbicaraan Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan terhadap Karpal.

Pemergian Karpal merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi Malaysia. Beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang terulung bukan sahaja kerana penglibatannya dalam politik, tetapi juga sebagai seorang peguam.

Beliau merupakan seorang yang tidak pernah menoleh ke belakang walau apa pun akibat yang terpaksa ditanggungnya. Kehidupannya mencerminkan sejarah moden Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang telah membentuknya sebagai sebuah negara sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.

Karpal Singh merupakan sebahagian daripada sejarah tersebut. Sesungguhnya, beliau merupakan "Harimau Jelutong".

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS