Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P Pinang beri pengebumian penghormatan negeri
Diterbitkan:  Apr 17, 2014 6:12 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penghormatan pengebumian negeri untuk veteran politik Karpal Singh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata bendera negeri akan digunakan untuk menutup jenazah Karpal.

Lim menambah semua agensi kerajaan negeri turut akan mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini sehingga pengebumiannya Ahad ini.

Orang awam turut dijemput memberikan penghormatan terakhir dalam satu majlis awam yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang Ahad ini dari jam 9 hingga 11 pagi Ahad depan.

Menurut Lim keputusan ini dipersetujui oleh exco negeri dalam mesyuarat khas hari ini.

Beliau menekankan bahawa penghormatan pengebumian negeri ini berbeza dengan pengebumian negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

[Baca berita penuh]

ADS