Lynas Corp Ltd mengunjur pengeluaran oksida nadir bumi(REO) dari Loji Lynas Advanced Material (LAMP) meningkat sebanyak 20 peratus kepada 700 tan metrik pada April.

    

Ia berkata pengurusan yakin dapat mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 11,000 tan metrik REO setahun pada suku Jun 2014.

    

Syarikat itu akan terus melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan kos pengeluaran dan kos tunai unitnya dianggarkan pada 70 peratus daripada kos berubah dan 30 kos tetap pada kadar 22,000 tan metrik REO setahun.

    

"Kira-kira 30 peratus daripada kos itu adalah dalam nilai dolar Australia dan lagi 70 peratus lagi dalam nilai dolar US termasuk sebahagian kecil untuk kos fret.

    

"Bagi operasi Malaysia, jumlah pengeluarannya bagi Mac berjumlah 1,089 tan metrik, meningkat 47 peratus, daripada suku sebelum ini manakala jualan bertambah 84 peratus kepada 751 tan metrik.

    

"Lynas Malaysia juga mencapai rekod tempoh bebas bahaya selama 282 hari dengan lebih sejuta jam bekerja pada 22 Mac di mana tiada sebarang kecederaan atau penyakit yang memerlukan pekerja atau kontraktor untuk hanya melakukan tugas terbatas atau hilang masa bekerja," katanya.    

- Bernama