Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan anak muda bertindak kasar terhadap petugas media berhampiran Dataran Merdeka hari ini sejurus selepas perhimpunan anti-GST berakhir.

Pada kira-kira jam 4.55 petang, sewaktu orang ramai mula

beredar,  sekumpulan kira-kira 20 anak muda yang berpakaian kemeja- T hitam, melepaskan bom asap berwarna oren serta suar magnesium, dan mula berarak ke Jalan Raja bersebelahan

Dataran Merdeka.

Kumpulan itu juga membawa bendera merah dan hitam,  banner hitam dan bendera dengan logo 'Antifa Malaysia'.

Beberapa orang dalam kumpulan itu juga dilihat menyembur grafiti di jalan raya, satu daripadanya berbunyi, "kami menentang rasuah ".

Apabila mengesan keadaan itu, kira-kira 30 petugas media bertumpu kepada kumpulan tersebut tetapi sejurus kemudiannya mereka menunjukkan pelakuan dan isyarat lucah terhadap kumpulan media itu.

Keadaan itu kemudian dikatakan menjadi kecoh sekejap antara

kumpulan tersebut dengan petugas media.

Seorang Juruvideo agensi berita Xin Hua telah ditendang manakala seorang pemuda di situ melempar tiang kayu bendera yang mengenai seorang jurugambar lain.

Anggota polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyaksikan kejadian di Dataran Merdeka itu dari belakang sebuah benteng, tetapi tidak respon, manakala seorang anggota Unit Amal didengar melaung kepada rakan-rakannya dalam unit itu supaya berundur, dan mereka

mematuhinya.

Dalam satu insiden pada kira-kira jam 4.05 petang, kumpulan anak muda yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia

(SAMM).

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

[Baca berita penuh]

Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam, yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.

Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.

Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia

(SAMM).

Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.

The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS