Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Imigresen yang patut buka kaunter seperti biasa'
Diterbitkan:  May 5, 2014 12:26 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

AirAsia kecewa dengan kenyataan Jabatan Imigresen yang menyalahkan mereka akibat kesesakan di Terminal Kos Rendah (LCCT) di Sepang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar ( kiri ) berkata semua kaunter sepatutnya dibuka seperti biasa kerana keputusan kekal di LCCT sehingga 8 Mei telah dipersetujui semua pihak termasuk Malaysia Airports Berhad.

"Kita telah memastikan Jabatan Imigresen mendapat makluman berkenaan kemudahan yang mencukupi diperlukan 'tetamu' kami.

"AirAsia mecakupi 90 peratus trafik di LCCT dan kami akan terus beroperasi sehingga 8 Mei 2014.

"Masih terdapat aliran tetap tetamu melalui LCCT dan sehingga itu kaunter imigresen yang mencukupi harus terus dibuka untuk mengurus jumlah trafik yang tinggi di sini," kata Aireen dalam kenyataan hari ini.

Semalam dianggarkan seramai 1,000 orang penumpang terkandas LCCT, Sepang hari ini dalam suasana “kelam kabut” kerana hanya beberapa kaunter imigresen dibuka.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat semalam berkata hal ini berlaku kerana keengganan AirAsia berpindah ke terminal baru di KLIA2 pada 2 Mei seperti penerbangan lain dan mahu kekal di LCCT sehingga 9 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS