Jho Low 'hanya selaraskan' rundingan libatkan 1MDB
Jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, hanya berperanan sebagai penyelaras dalam tawaran pengambilalihan hotel yang mana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut terlibat.
Pejabat Low berkata demikian sebagai respon kepada soalan Malaysiakini terhadap dakwaan ahli perniagaan itu didukung oleh 1MDB dalam tawaran pengambilalihan £1.028 bilion (RM5.7bilion) oleh Maybourne Hotel Group di UK.
Pejabat Low menjejaskan, beliau menyelaraskan rundingan itu bersama Aabar Investments PJS, syarikat pelaburan yang dikawal kerajaan Abu Dhabi.
“1MDB hanya satu daripada beberapa pelabur yang diundang oleh Aabar Investments PJS untuk menilai tahap awal peluang pelaburan pada 2010/2011.
“Untuk memudahkan penawaean, beberapa pelabur awal menyediakan surat hasrat ( letters of intent ) dalam menyokong tawaran itu,” kata pejabat Low dalam kenyataan.
Sarawak Report pada 2 Mei mengetengahkan penghakiman Mahkamah Tinggi UK berhubung pertikaian berhubung rundingan Hotel Coroin yang menyatakan, 1MDB mengeluarkan surat sokongan untuk tawaran Low.

