Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri Sabah: Kredibiliti Esscom jadi taruhan
Diterbitkan:  May 6, 2014 4:22 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjum menyatakan kekecewaannya dengan kejadian penculikan bersenjata yang menjadi-jadi di perairan negeri itu walau dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom).

“Cakap pun tiada guna...  Harapan kita agar mereka yang berwajib melihat ini sebagai mencabar kewibawaan mereka – kredibiliti mereka yang dipertaruhkan!,” katanya di Twitter.

Masidi menjawab soalan dari seorang pengguna laman sosial tersebut yang bertanya mengapa kes seperti itu berterusan di Sabah.

Beliau ditanya bagaimana kumpulan lelaki bersenjata berjaya menembusi kawalan sempadan yang dikawal Esscom.

Masidi terdahulu mengesahkan bahawa seorang warga China dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Baik, dekat Lahad Datu pada jam 2.45 pagi ini.

[Berita penuh menyusul]

ADS