Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Soal ikhlas urusan Allah, tegas PAS
Diterbitkan:  May 6, 2014 4:41 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendesak umat Islam tidak mempertikaikan keikhlasan pihak yang menyokong perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.

“Semua pihak di kalangan umat Islam wajib menerima kewajipan melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan antara satu sama lain.

“Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita.

“Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Hadi itu selari dengan pandangan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ( kanan ) semalam yang berkata, tiada sesiapa berhak mempersoalkan keikhlasan mana-mana pihak dalam melaksanakan hudud di Malaysia.

Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung mengenai keikhlasan Umno ekoran pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung undang-undang Islam itu antara kerajaan pusat dan Kelantan.

Ahli politik veteran itu berkata, persoalan berhubung keikhlasan hanya Allah yang tahu dan beliau bersyukur jika benar Umno ikhlas dalam isu itu.

ADS