Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapan orang terperangkap di air terjun Sg Tekala
Diterbitkan:  May 11, 2014 9:57 AM
Dikemaskini: 2:08 AM

Lapan termasuk tiga kanak-kanak lelaki warga Iraq terperangkap ketika cuba menyeberang sungai di Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan dan tiga kanak-kanak berusia empat hingga 33 tahun itu datang ke kawasan air terjun berkenaan untuk berkelah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika mangsa ingin pulang dengan menyeberang sungai, air sungai tiba-tiba naik mendadak dan arus deras akibat hujan lebat.

Beliau berkata mangsa menghubungi bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih pada 6.28 petang selepas menyedari peningkatan paras air di sungai itu ketika ingin menyeberang.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap 100 meter dari tapak air terjun selebar kira-kira 4.57 meter dengan menggunakan tali.

"Kesemua mangsa dapat diselamatkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS