Tolak kebencian, mesej 13 Mei 21 NGO
Sebanyak 21 NGO hari ini tampil mendesak rakyat Malaysia menolak keganasan, kebencian dan keganasan daripada kehidupan awam apabila mengenang kembali sejarah berdarah rusuhan kaum 12 Mei 1969.
Malaysia, menurut mereka, patut menjadi sebuah negara yang aman, penuh kasih sayang dan menjunjung prinsip kebebasan.
“Negara ini sebagai bangsa pelbagai etnik, agama, bahasa dan warisan budaya direstui untuk semua, bukan terus disumpah kesilapan masa lalu.
“Perbezaan ini memperkayakan dan membolehkan kita saling belajar antara satu sama lain serta lebih berdaya saing di peringkat global, melalui pemahaman lebih baik berhubung tamadun-tamadun besar dunia,” kata mereka.
Kenyataan itu antaranya disokong oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaran), Majlis Gereja Malaysia (CCM), Islamic Renaissance Front (IRF), Malaysians for Teoh Beng Hock dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Ia turut disokong persatuan-persatuan persaudaraan dan kebebasan media.

