Polis membuka kertas siasatan terhadap buku kecil Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhubung pertuduhan liwat terhadap kedua terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi ( kanan ) berkata, dalam siasatan terhadap buku berjudul Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim itu, kenyataannya akan dirakamkan oleh pihak polis pada jam 5 petang ini bawah Akta Hasutan.

“Saya tidak akan gentar dan akan memastikan buku Reformasi 2.0 itu yang kini telah mencecah 20,000 jualannya di seluruh negara akan dicetak dan dijual dengan lebih hebat lagi,” katanya.

Buku itu, menurutnya, memperincikan keterangan-keterangan yang diberikan dalam perbicaraan kes berprofil tinggi itu di Mahkamah Rayuan.

Dalam kenyataan-kenyataan hari ini, Rafizi mendakwa, polis ghairah mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan perkauman dalam negara.

Beliau juga mendakwa, perkembangan itu membuktikan bahawa kaedah undang-undang digunakan untuk menekan dan menakut-nakutkan pimpinan Pakatan.