Di balik insiden dan ketegangan sempena pemilihan timbalan presidennya, PKR hari ini cuba menonjolkan perpaduan antara tiga tokoh yang berentap merebut kerusi itu.

Dalam sidang media parti itu hari ini, ketiga-tiga calon jawatan nombor dua itu tampil menyatakan sikap masing-masing.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan utama bersama-sama mengutuk kekecohan yang menyebabkan penggantungan pemilihan di beberapa cabang PKR di Selangor minggu lalu.

“Ini pertandingan adik beradik, kita bulan melawan Umno di sini. Kita masih bersama-sama,” kata Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Katanya, kepimpinan parti, termasuk tiga calon itu bersetuju bahawa individu yang melanggar peraturan pemilihan parti patut dipecat.

[Baca berita penuh]