Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan: Shabery sesuai ketuai Umno T'ganu
Diterbitkan:  May 18, 2014 12:29 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Satu tulisan pojok dalam lidah parti Umno, Mingguan Malaysia melobi agar menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu susulan pertukaran jawatan menteri besar di negeri itu.

Tulisan pengarang dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat itu memberi alasan, Ahmad Shabery lebih sesuai kerana menteri besar yang baru, Ahmad Razif Abdul Rahman disifatkan masih mentah.

Langkah itu juga diramalkan dapat meredakan pertelagahan di antara pemimpin Umno di negeri itu – yang menyebabkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dilucutkan dari jawatan itu.

“Memandangkan Ahmad Razif Abdul Rahman masih baru menjadi menteri besar, adalah lebih sesuai jawatan tersebut disandang sementara oleh pemimpin Umno lain bagi meredakan suhu politik yang masih tinggi.

“Awang melihat antara calon yang sesuai ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kemaman, berpengalaman luas dan disegani.

“Lebih daripada itu, Shabery boleh diterima oleh semua pihak yang berbeza haluan. Awang percaya beliau mampu membawa kestabilan politik kepada Umno Terengganu,” tulisan itu dipetik.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS