Salah satu NGO yang menentang projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) mendakwa para ADUN dan ahli majlis Pakatan Rakyat kini hilang kawalan ke atas pentadbiran mereka di Selangor.

NGO Say No To Kidex (SNTK) David Yoong berkata beliau mendapati demikian selepas para ADUN dan ahli majlis itu memberi jaminan bahawa satu pertemuan dengan masyarakat yang bertukar kecoh pada Jumaat lalu tidak akan menyumbang kepada kelulusan projek berkenaan.

Yoong berkata, bagaimanapun, pertemuan pada hari itu nampaknya merupakan mesyuarat tidak rasmi yang akan menyebabkan projek Kidex semakin hampir kepada kelulusan.

Katanya, perkara itu seteruysnya menyebabkan penduduk menjadi berang dan menuntut majlis tersebut dibatalkan.

"Kami ingin menekankan kepada ADUN di Petaling Jaya dan dan anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya bahawa rentetan peristiwa yang menyebabkan konfrontasi itu menunjukkan mereka sama ada tidak mampu mengawal kerajaan sendiri atau tidak bercakap benar.

"Sebagai pembayar cukai, kami berhak mendapat jawapan atas tindakan majlis perbandaran dan menuntut siasatan penuh atas masalah komunikasi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]