Dyana utama isu perpaduan kaum
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau akan meletakkan usaha untuk membina perpaduan kaum sekiranya sebagai agenda utamanya jika berjaya dipilih mewakili parlimen Teluk Intan.
Dyana yang gemarkan cabaran itu berkata, beliau juga meletakkan isu penglibatan belia dan wanita sebagai keutamaannya.
"Jika saya terpilih, fokus saya berkaitan penglibatan belia dan isu kewanitaan. Tetapi daripada semuanya, hasrat terbesar saya adalah (membina) perpaduan kaum," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu mengakui beliau kurang berpengalaman dalam politik dan menghargai bantuan serta tunjuk ajar dari pemimpin utama DAP, termasuk dua MP parti tersebut, Tony Pua dan Teo Nie Ching.
"Saya ada pemimpin-pemimpin ini untuk membantu saya, mereka sentiasa bersiap siaga," katanya yang masih teruja apabila namanya dicalonkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Dyana Sofya, 27, juga sedar beliau bukan calon pilihan untuk berentap dengan Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong, yang pernah mewakili parlimen Teluk Intan selama dua penggal.
"Saya calon bukan pilihan. Saya cukup menyedari hal itu. Tetapi parti telah mengamanahkan kepada saya dan saya menawarkan diri berkhidmat kepada rakyat, terpulang kepada mereka untuk menentukannnya,"katanya.

