Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengeluarkan amaran keras kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem supaya tidak melayan idea menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) ke dalam BN.

“Daripada penilaian saya dan laporan akhbar bahawa lapan parti BN akan menentang kemasukan TERAS ke dalam BN, saya yakin TERAS tidak akan diterima,” kata Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin malam tadi.

Chin ( kanan ) tidak menamakan lapan parti komponen itu.

Bagaimanapun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah menyatakan penentangan mereka.

“Menilai berdasarkan perlembagaan (BN), saya tidak fikir TERAS boleh menyertai kerana kamu mesti ada kesepakatan... jika tiada kesepakatan dan persetujuan daripada setiap parti dalam BN, kamu tidak boleh masuk.

“Kami juga akan lobi parti komponen BN lain (sebanyak 13 lagi) untuk menentang kemasukan TERAS,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa pusat SUPP.

Mesyuarat itu turut menyampaikan taklimat kepada 18 pemimpin bahagian daripada kawasan-kawasan selatan Sarawak berhubung situasi politik terkini selepas pengerusi DAP Sibu Wong Soon Koh ( kiri ), anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh, ADUN Opar Ranum Mina Jerip Susil dan ADUN Engkilili Johnichal Rayong keluar parti dan menyertai TERAS.

Khamis lalu, keempat-empat mereka mengumumkan keluar daripada SUPP dan membentuk parti baru TERAS.

Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau turut mengumumkan meletakkan jawatan daripada SPDP.

Turut menyertai TERAS, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu).

[Baca berita penuh]