Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin memuji Gerakan dan presidennya Mah Siew Keong kerana berani bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, tidak seperti MCA yang memberi laluan mudah kepada Pakatan Rakyat di Bukit Gelugor.

“Syabas Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan kerana tidak memalukan grand old coalition (GOC),” katanya merujuk kepada BN.

“Mah, salut kerana berani! Itulah anak jantan,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu sambil membandingkan dengan MCA.

Beliau juga berkata, ia membuktikan Gerakan tidak mengetepikan penyokongnya.

Kadir berkata, dengan memberi laluan mudah di Bukit Gelugor, BN memberikan gambaran ia bukan lagi perserikatan di peringkat kebangsaan dan hanya bertanding di mana berpeluang untuk menang.

[Baca berita penuh]