Pendemo mahu baling telur ayam pada ADUN
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh dengan protes sekumpulan pihak yang tidak puas hati dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno "celaka”.
“Jika kamu ada telur, ulang sekali lagi,” mereka menjerit serta membawa telur dan mengancam membaling telur ayam kepadanya.
Antara terlibat dalam perhimpunan itu, ketua wira PERKASA negeri Rizuad Azuddin.
Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai “rasis”.
Mereka berikrar mencari di rumahnya jika Rayer gagal menemui mereka di bangunan DUN itu.
Rayer dalam sidang DUN semalam menggelarkan ADUN Kepala Batas daripada BN Reezal Naina Merican dengan kata-kata kesat.
"Reezal Merican celaka!” katanya.
Beliau juga menyifatkan orang Melayu yang menghadiri sebuah perhimpunan di Seberang Jaya pada Januari lalu sebagai celaka.
Perhimpunan dihadiri Reezal itu dihadiri beberapa pemimpin Umno dan kira-kira 600 orang bagi mengecam perhimpunan “kangkung” kontroversi anjuran ADUN PKR daripada Machang Bubuk Lee Khai Loon sebelum itu.
Perhimpunan itu juga memaparkan kain rentang menyalahkan DAP atas tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Peserta perhimpunan hari ini menganggap kenyataan Rayer itu menghina orang Melayu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Umno Pulau Pinang melahirkan rasa marah, kecewa dan sangat tidak berpuas hati terhadap kenyataan ADUN Seri Delima itu.
Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kata-kata tersebut tidak sepatutnya diungkap oleh seorang wakil rakyat yang juga seorang peguam.
Katanya, walaupun ADUN diberikan perlindungan imuniti di dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi ia tidak sepatutnya digunakan untuk melemparkan kata-kata yang menghina mana-mana individu, terutama terhadap pemimpin parti lawan yang tidak ada dalam Dewan untuk menjawabnya.

