Dakwaan Anwar tentang senarai kargo tak benar
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa senarai kargo MH370 dipadam atau disembunyikan tidak benar kerana kerajaan sudah mengeluarkan dokumen berkaitan pada 1 Mei.
“Ketua pembangkang itu berulang kali cuba mencemarkan nama baik negaranya sendiri kepada media antarabangsa, kata jurucakap kerajaan.
“Sebagai contoh, dengan membayangkan pegawai kerajaan Malaysia terlibat dengan perlakuan menyalahi undang-undang dalam keganasan berkaitan MH370 (dalam wawancara disiar pada 3 April oleh Daily Telegraph ).”
Dalam kenyataan semalam, jurucakap itu juga berkata, tindakan Anwar mempergunakan tragedi itu untuk merosakkan reputasi Malaysia demi kepentingan politik.
Dalam wawancara dengan ABC untuk rancangan “Four Corners” yang disiarkan pada 19 Mei, Anwar mendakwa, sumber memaklumkan padanya bahawa senarai kargo MH370 telah dipadam.

