Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
5pm: Tempoh pengundian tamat.
4.10pm: Greenlane – Ramkarpal dan pemimpin DAP lain akan berhimpun di pusat operasi DAP pada jam 7 malam bagi mengikuti keputusan pilihan raya kecil hari ini.
3.30pm: SMJK Chung Hwa – Lim Guan Eng berkata jumlah keluar mengundi yang lebih kecil sudahpun dijangkan kerana BN tidak bertanding dan rakyat menjangka kemenangan untuk Ramkarpal.
Beliau bagaimanapun gembira kerana pemilihan hari ini berjalan dengan aman dan berharap keputusannya akan dapat diterima.
Keputusan dijangka akan dapat diumumkan menjelang jam 8 malam.
"Apa yang penting kita tidak mengamal politik wang dan ancaman gengster," kata Lim selepas menjalan tanggungjawabnya.
4.15pm: Menara Condong - Seorang penceramah BN, Faizal Effendi Hashim, berceramah dengan pembesar suara dihalakan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang menunggu kehadiran MP lembah pantai, Nurul Izzah Anwar dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Beliau membangkitkan kewajaran DAP meletakkan Dyana sebagai calon kerana peguam muda itu seorang Melayu tetapi menjadi calon bagi parti bukan Melayu.
Ucapannya itu menyebabkan para penyokong Pakatan bertindak balas dengan melaungkan "hidup Melayu".
Penceramah itu meneruskan ucapannya, bagaimanapun dengan membelakangki penyokong Pakatan.
3.50pm: Menara Condong, Teluk Intan - Seorang pemidato BN Youth Volunteer berucap di tepi Menara Condong dan mendakwa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Apabila dihampiri Malaysiakini , pemidato tersebut enggan memberikan namanya dan menjelaskan sumber ceritanya tentang dakwaan Dyana mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Seorang lagi jurukempen yang lebih tua dan turut enggan dikenali berkata, "Kami tak nak bercakap dengan Malaysiakini . You spin cara you, kami spin cara kami".
Dyana sebelum ini pernah menggesa agar satu institusi pendidikan seperti UiTM ditubuhkan untuk orang bukan Melayu.
Namun, beliau tidak pernah memohon agar UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
4pm: Sebanyak 53 peratus keluar mengundi.
3.31pm Peratusan keluar mengundi setakat 2 petang dilapor masih rendah sebanyak 42.90 peratus (35,292 pengundi) sahaja.
1.30pm: SK Bukit Gelugor - ADUN Seri Delima, RSN Rayer, tiba di pusat pengundian untuk mengundi.
Kenyataannya yang menggelarkan Umno sebagai parti "celaka" menyebabkan bantahan dan kekacauan daripada penyokong Umno di tiga lokasi berbeza di seluruh negara.
1.21pm: MP Bukit Mertajam Steven Sim mendakwa telefon bimbitnya juga digodam sejak Khamis lalu.
Beliau mendakwa telefonnya digodam untuk menyebar mesej bahawa DAP sudahpun menang di Bukit Gelugor.
"Saya berharap orang ramai yang menerima SMS yang diragui daripada kami untuk melaporkan ke pejabat DAP.
"Saya harap lebih ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab...," katanya dalam satu kenyataan.
Empat orang wakil rakyat DAP semalam mendakwa telefon mereka digodam untuk menyebar mesej perkauman. Satu laporan polis dibuat semalam.
1pm: Jumlah keluar mengundi masih rendah, 37.91 atau hanya 30,596 pengundi.
12.30pm: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu masih belum menerima aduan berhubung dakwaan calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam pusat pengundian.
"Ia satu kesalahan pilihan raya. Jika (PCM) benar-benar berbuat demikian, kita akan ambil tindakan.
Sementara itu beliau berkata pasukan sukarelawan boleh berdiri di luar pusat pengundian selagi mereka tidak membawa mana-mana logo parti yang bertanding.
Tambahnya, para penyokong parti bagaimanapun tidak dibenarkan berhimpun dalam jarak 50 meter dari pusat pengundian, dan hanya individu yang membawa pas kebenaran sahaja yang boleh masuk ke pusat tersebut.
11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.
10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112 pengundi.
9:15am Kg Melayu – Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.
9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.
Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.
8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.
