Harapan pemain veteran negara Ong Beng Hee untuk memenangi gelaran pertama musim ini tidak kesampaian apabila kalah pada Kejohanan Skuasy Antarabangsa Hong Kong Football Club (HKFC) 2014 di Hong Kong, semalam.
 
Pilihan ketiga berusia 34 tahun itu tewas kepada pemain tuan rumah Max Lee 3-11, 12-10, 11-8, 5-11 dan 6-11 pada perlawanan selama 74 minit, menurut laman web kejohanan www.squashsite.co.uk.
 
Selepas ini, Beng Hee akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Berpasukan Asia ke-17 di Hong Kong dari 11 hingga 15 Jun ini.
 
Beliau juga akan mengambil bahagian dalam siri ujian acara beregu tiga negara - Malaysia, India dan New Zealand - di Malaysia dari 17 hingga 19 Jun ini sebelum menyertai Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, akhir Julai ini.
 
- Bernama