Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun dalam  Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi bermula 5.30 petang tadi.

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia itu bagaimanapun berlangsung sengit apabila penentuan hanya pada perlawanan kelima antara  Daren Liew dan Takuma Ueda.

Daren tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan  12-21, 21-18 dan 17-21.

 
Berikut keputusan semasa:
 
Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago

Malaysia menang 21-12, 21-16.

 

Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo

Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.

 

Chong Wei Feng lwn  Kento Momota

Malaysia tewas 5-21, 17-21.

 

Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura

Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.

 

Daren Liew lwn Takuma Ueda

Malaysia tewas  12-21, 21-18, 17-21.