Wartawan KiniBiz Chan Quan Min dinobatkan sebagai Wartawan Atas Talian Terbaik dalam Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) 2014.
 
Chan menerima anugerah itu daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek dalam majlis di Kuala Lumpur pada Isnin malam.
 
Anugerah itu bagi mengiktiraf pengamal media yang membuat sumbangan cemerlang dalam bidang kewartawanan.
 
Seorang lagi wartawan KiniBiz, Khairie Hisyam, turut dicalonkan untuk kategori sama.
 
Chan menewaskan wartawan daripada Astro Awani dan The Star Online bagi merangkul anugerah itu.
 
Beliau mendapat hadiah RM5,000, penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi MAS ke Dubai serta trofi.
 
Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Chan amat gembira dan terkejut dengan kemenangannya itu kerana hanya baru setahun melibatkan diri sebagai wartawan perniagaan.
 
“Anugerah ini bukan hanya pada saya; ia kemenangan KiniBiz dan pasukan wartawan muda. Ia juga kemenangan untuk media atas talian yang bebas dan penglibatan kami dalam laporan perniagaan.
 
“Saya sungguh berterima kasih atas sokongan setiap orang sama ada daripada KiniBiz atau Malaysiakini. Saya juga ucapkan tahniah kepada Khairie Hisyam kerana turut dicalonkan,” katanya.
 
Portal berita perniagaan itu sebahagian daripada kumpulan Malaysiakini.
 
“Ia satu penghargaan kepada KiniBiz apabila diiktiraf dalam bidang kewartawanan atas talian di Malaysia hanya dalam tempoh setahun beroperasi,” kata CEO bersama dan penerbit KiniBiz P Gunasegaram.
 
Menurut Gunasegaran lagi, portal itu akan terus menyajikan laporan perniagaan, ulasan dan analisis unggul kepada pembaca.
 
KiniBiz juga dicalonkan untuk kecemerlangan laporan perniagaan di Anugerah SOPA (Society of Publishers in Asia) 2014. Pemenang akan diumumkan pada 11 Jun ini di Hong Kong.