Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM mengesan individu hina institusi beraja

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina institusi beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu sedang bertindak mengesan individu-individu tersebut.

Beliau memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan SKMM untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.

“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambah dalam satu kenyataan hari ini

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS