Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata DAP mungkin terdesak kerana masih mengadakan program ceramah ketika seluruh negeri Perak sedang berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Sedangkan, BN sendiri menghentikan semua program kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bagi menghormati kemangkatan alarhum Sultan Perak itu, katanya.

"BN telah buat keputusan dan memang semalam pun kita menghormati kemangkatan almarhum Tuankua Sultan Perak yang lalu.

"Program kita hentikan, tak berkempen pasal itu adalah sifat kita, hormati ketua negeri di Perak.

"Jadi nampaknya Pembangkang langsung tak ambil kira, terdesak lah kot? Walau apa pun keadaan, mereka masih teruskan begitu.

"Ini dilihat macam tidak menghormati peristiwa semalam," katanya lagi.

Sultan Azlan Shah, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sejak 1989 hingga 1994, mangkat pada hari Rabu lalu di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada usia 86 tahun.

Beliau merujuk kepada satu ceramah DAP di Jalan Mahkota, Teluk Intan pada malam tadi dalam yang menarik kehadiran 2,000 orang walau dalam cuaca hujan

[Baca berita penuh]

ADS