MCA menyifatkannya sebagai 'menjijikkan' dan 'memualkan' apabila mendakwa PAS menggunakan kejadian rogol beramai-ramai di Ketereh sebagai alasan untuk menjayakan agenda hudud parti itu.

Pengerusi Biro Keharmonian MCA, Ti Lian Ker berkata, undang-undang hudud PAS tidak mengiktiraf testimoni wanita, orang bukan Islam dan keterangan mengikut keadaan.

Oleh itu, beliau menggesa Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bagaimana undang-undang hudud boleh berkesan di bawah keadaan sedemikian.

Dalam satu kenyataan, Ti berkata adalah menjijikkan apabila PAS

mengambil kesempatan daripada kes dua gadis yang sedang dilanda trauma itu untuk berusaha menguatkuasakan undang-undang hudud PAS.

Ti (kiri) berkata, hakikat bahawa kedua-dua mangsa telah terjebak ke tempat kejadian sebelum dirogol oleh 38 lelaki, menunjukkan bahawa serangan itu direncanakan terlebih dahulu, dan menggesa PAS supaya mengajar orang lelaki menghormati wanita.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah PAS perlu mendidik orang lelaki supaya menghormati wanita dan tidak menjadi mereka, terutama yang naif, sebagai sasaran mudah untuk kepuasan seksual.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim semalam, bahawa kes perkosaan itu adalah bukti bahawa Kanun Keseksaan tidak berkesan untuk membanteras jenayah, dan penyelesaiannya ialah undang-undang jenayah Syariah.

Menurut Tuan Ibrahim, pesalah dalam kes tersebut tidak boleh didakwa mengikut undang-undang hudud kerana melibatkan banyak keraguan.

"Akan tetapi ia akan didakwa di bawah perundangan takzir. Ini tidak bermakna ia lebih rendah dari hudud," naib presiden PAS itu dilaporkan berkata.

"Ini kerana hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," kata Tuan Ibrahim

[Baca berita penuh]

PAS: Kes rogol bukti penjenayah tak takut