MP: Seolah kepercayaan di tangan mahkamah
Diterbitkan: Jun 7, 2014 3:13 PM | Dikemas kini: Jun 7, 2014 3:17 PM
Keperluan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya Zarina Abdullah Majid memohon pengisytiharan bukan Islam daripada Mahkamah Tinggi Syariah didakwa bercanggah dengan perlembagaan.
Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham (
kanan
) berkata, Perlembagaan Persekutuan membolehkan seseorang itu untuk memilih agamanya sendiri.
“Keperluan sebegitu melanggar Perkara 11(1)... ia memberi gambaran keputusan mengenai kepercayaan seseorang kini terletak pada pihak ketiga (mahkamah)," kata Ngeh.
Sebaliknya, katanya, akaun berkanun daripada Zarina sudah pun memadai.
"Saya menuntut JPN menerima akuan berkanun sebagai bukti yang memadai mengenai pilihan agama atau kepercayaan peribadi yang dibuat oleh seseorang.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.