Lebih 400 NGO bersama Majlis Penyelaras Gabungan NGO Negeri (GABUNG) menyokong penuh hasrat keraaan negeri menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanan Johor (LPHJ), lapor Sinar Harian hari ini.

Setiausaha Agungnya Mohd Isa Baba Ali Khan berkata usaha itu sebagai satu mekanisme melindungi kepentingan rakyat negeri itu dari segi pembangunan perumahan dan hartanah yang sering dimanipulasikan dengan harga yang terlampau tinggi.

Laporan itu menyebut beliau berkata rang undang-undang LPHJ mengambil kira dari segi kuasa eksekutif dari Raja Berpelembagaan tidak akan berlaku konflik antara kuasa eksekutif kerana digariskan pemisah antara kuasa menteri besar dan perkenan sultan.

"Prinsip sama memang sedia dipakai sekarang yang mana kuasa eksekutif memberi cadangan dan nasihat. Dan setelah diperhalusi akan dipersembahkan pula untuk perkenan Sultan," katanya seperti dilapor oleh akhar itu.

Sementara itu, laporan itu menyebut Pegawai Ekonomi Persatuan Peniaga Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor, Zaini Atan berkata pihaknya menggesa pemimpin di luar negeri itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat Johor.

Katanya, rakyat Johor yang menetap di negeri itu lebih memahami enakmen yang dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.