PKR tarik balik gantung Manickavasagam
PKR telah menarik balik penggantungan bekas MP Kapar, S Manickavasagam selepas menerima penjelasannya kerana bercakap menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di media.
"Selepas mendengar penjelasannya, biro politik bersetuju untuk memberi amaran keras dan menarik balik serta-merta penggantungan keahliannya," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Tan Kee Kwong (kiri).
Keputusan itu dibuat oleh biro politik yang dipengerusikan oleh presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi.
Manickavasagam dilaporkan oleh Bernama menuduh Khalid terbabit dalam politik wang dalam pemilihan parti yang sedang berjalan.
Pemilihan cabang Kuala Selangor pada 10 Mei adalah antara senarai panjang pemilihan peringkat cabang di Selangor yang dibatalkan berikutan aduan penyelewengan dan keganasan.
Dalam satu kenyataan, Tan berkata semula pengundian semula akan bermula Ahad ini.

