Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim menegur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JAIPP) kerana "tidak sensitif" terhadap budaya, agama dan perasaan keluarga seorang yang didakwa mualaf, Teoh Cheng Cheng.

 

Mayat Teoh, yang nama Islam didakwa sebagai Nora Teoh Abdullah, telah diambil oleh pegawai agama Islam di Lebuh Maccalum pada hari Isnin.

 

Abdul Malik yang memohon maaf atas tindakan JAIPP, dan

mengucapkan takziah di atas kematian Teoh, berkata JAIPP telah menyinggung perasaan ibu dan ahli keluarga Teoh semasa mereka dalam kesedihan.

 

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Abdul Malek berkata, pegawai JAIPP sepatutnya mengambil kira perasaan keluarga berkenaan dan mendapatkan pandangan pengarah JAIPP, unit penguatkuasaannya, jabatan mufti dan pegawai agama daerah sebelum bertindak.

 

Abdul Malik berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana beliau hanya dimaklumkan mengenainya pada jam pukul 5 petang hari Isnin semasa berada di Kuala Lumpur.

 

Mayat Teoh dibawa semula pada kira-kira 3.50 petang ke rumah mayat di mana keluarganya telah ditunjukkan dokumen yang dia telah memeluk Islam 17 tahun yang lalu.

 

Keluarganya menafikan mengetahui Teoh seorang Muslim, dan menegaskan selama ini dia adalah penganut Buddha.

 

[Baca berita penuh]