Sultan Johor Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, untuk kegembiraan rakyat, baginda tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negeri.

Dalam wawancara disiarkan New Straits Times (NST) hari ini, sultan bertitah, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 tidak akan menafikan nasihat menteri besar pada baginda.

Menurut rang undang-undang itu, sultan diberi kuasa melantik empat anggota lembaga tetapi hanya atas nasihat menteri besar.

Harian itu juga melaporkan, anggota Dewan Undangan Negeri akan mengadakan siri jelajah di Johor bagi menjelaskan perkara itu kepada rakyat yang masih bimbang.

“Tiada campur tangan. Beta mahu rakyat beta memahami enakmen ini dan gembira dengannya.

“Beta malah mendapatkan nasihat menteri besar berhubung jelajah itu. Beliau berkata ia langkah yang baik,” Sultan Ibrahim dipetik sebagai bertitah.

NST melaporkan, sultan masih belum menandatangani rang undang-undang itu dan akan menunggu sehingga penentangan terhadapnya berakhir.

[Baca berita penuh]