Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengguna Twitter@YouTiup beri keterangan pada SKMM
Diterbitkan:  Jun 14, 2014 9:21 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Pengguna Twitter@YouTiup tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung komen-komen yang didakwa menghina institusi beraja khususnya  berhubung kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

 

Dia yang hadir di pejabat MCMC di Cyberjaya dengan ditemani peguamnya, memberi keterangan selama tiga jam kepada pegawai MCMC, demikian menurut kenyataan SKMM.

 

Sesi memberi keterangan itu menyusul sehari selepas pihak SKMM menjalankan penyiasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terhadap individu berkenaan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi miliknya turut disita untuk membantu siasatan.

 

MCMC juga menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang menghina institusi beraja di media sosial untuk tampil memberikan maklumat

bagi membantu siasatan.

- Bernama

ADS