MP BN: Pusat beli belah lebih ditumpukan di KLIA2
Diterbitkan: Jun 16, 2014 11:41 AM | Dikemas kini: Jun 16, 2014 6:32 PM
Seorang MP BN berkata kerajaan seolah-olah memberi lebih tumpuan kepada "pusat membeli-belah" dalam terminal KLIA2 itu berbanding kemudahan di lapangan terbang sendiri.
"Ia seolah-olah kita hanya mengambil berat tentang pusat membeli-belah. Bagaimana pula dengan terminal itu sendiri?
"Jadi, orang akan datang, membeli-belah dan kemudian balik? soal MP Bintulu Datuk Tiong King Sing di samping mengadu harga runcit di klia2 lebih mahal berbanding di KLIA sendiri.
Beliau juga mengkritik pihak berkuasa lapangan terbang tidak menggunakan sistem daftar masuk sedia ada yang dimiliki AirAsia, yang mana boleh menjimatkan wang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang boleh dilaburkan dalam pelbagai kemudahan.

