Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa satu kontrak pembinaan dan penyelenggaraan untuk kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Pasir Gudang diberikan kepada seorang ADUN Umno Pulau Pinang.

Rafizi mendedahkan bahawa kontrak tersebut diberikan kepada satu firma, yang mana 20 peratus pegangan dalam syarikat itu dipegang oleh ADUN berkenaan.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Penyata kewangan syarikat itu menyatakan kedudukan asetnya hampir RM6 juta tetapi pendapat tahunan hanya RM150,000,” katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi ADUN terlibat untuk mendapatkan maklum balas beliau. Namanya tidak disiarkan buat masa ini.

[Baca berita penuh]