Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria perlu membuat pendirian sama ada beliau bersetuju Malaysia adalah negara Islam atau negara sekular, kata Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan MP Puchong Gobind Singh Deo bahawa kerajaan sepatutnya menggunakan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat penjelasan berkaitan perkara ini.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan khususnya ketua hakim negara mesti menunjukkan kepemimpinan dalam perkara itu seperti yang diamalkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak bertahun-tahun.

"Mahkamah itu mungkin boleh membuat kesilapan, tetapi mereka boleh memindanya kemudian, itulah sebabnya mereka tidak terikat dengan keputusan mereka," katanya.

Dalam kenyataan semalam Gobind menggesa Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa bawah Perkara 130 perlembagaan persekutuan untuk merujuk isu undang-undang dipersoalkan kepada Mahkamah Persekutuan, khususnya berkaitan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular.

[Baca berita penuh]