MP PKR diperintah keluar Dewan
Diterbitkan: Jun 17, 2014 12:00 PM | Dikemas kini: Jun 17, 2014 12:59 PM
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memerintahkan dua MP PKR keluar dari Dewan Rakyat selepas cuba membangkitkan mengenai petisyen untuk membantah loji Lynas.
Pandikar Amin memerintahkan Fuziah Salleh (PKR - Kuantan) keluar apabila MP tersebut meminta penjelasan ke atas keputusannya untuk tidak membenarkan petisyen tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.
Tidak lama kemudian, N Surendran (PKR-Padang Serai) turut diperintah keluar kerana cuba mendapatkan penjelasan berhuung petisyen bagi membantah pemberian lesen operasi sementara kepada Lynas.
[Berita penuh menyusul]

