K'jaan mahu Surendran digantung lagi
Kerajaan merancang untuk menggantung keanggotaan MP Padang Serai, N Surendran untuk enam bulan lagi, hanya beberapa hari selepas beliau tamat menjalani penggantungan dari Dewan Rakyat sejak November lalu.
Usul kerajaan itu diedarkan kepada para MP di Dewan Rakyat petang ini dan dijangka akan dibahaskan dengan panjang lebar dalam persidangan esok.
Usul itu berkaitan sidang media Surendran Isnin lalu yang mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat suara pembangkang di Parlimen.
Surendran sebelum ini meraih kontroversi apabila mempersoalkan tatacara parlimen dan tatakelola speaker, dan turut mengumpakan Parlimen Malaysia seperti Parlimen Zimbabwe.
Surendran juga sering membangkitkan kemarahan Pandikar Amin, yang berulang kali meminta beliau menyatakan bantahan melalui usul kepada Dewan dan bukannya melalui sidang media.
Sekiranya Dewan perlu memutuskan usul tersebut melalui undia, ia akan memihak kepada BN kerana parti itu mempunyai kelebihan 134 ahli berbanding 88 MP Pakatan.

