Lelaki ditahan sebar foto OKT palsu di facebook
Polis menahan seorang lelaki semalam kerana membuat kenyataan palsu dan memuat naik gambar Orang Kena Tuduh (OKT) yang kononnya telah meloloskan diri daripada tahanan polis, dalam laman sosial.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam akaun rasmi facebook menyatakan lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di ibunegara pada jam 2 petang.
Polis turut merampas sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki itu.
Lelaki itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.
Pada Isnin lepas, polis menafikan pihaknya menyebar gambar OKT kes samun, rogol dan bunuh yang didakwa terlepas daripada lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
- Bernama

