"Suami saya simbol perjuangan bangsa Melayu," kata Nor Saleha Mohd Salleh - isteri Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menunggu suaminya diikat jamin, selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.

Nor Saleha, 48, yang juga ketua wanita ISMA berkata suaminya memperjuangkan maruah bangsa Melayu.

Sebelum itu, ahli ISMA berkumpul di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kajang sejak jam 8 pagi, menunggu kedatangan Abdullah.

Abdullah tiba mahkamah bersama isterinya dan bertegur sapa dengan ahli ISMA yang menunggunya, sebelum menuju ke Mahkamah Sesyen yang terletak di tingkat 9 bangunan kompleks mahkamah itu.

[Berita lanjut menyusul]