MP: PAC perlu segera bentang laporan NFC
Empat MP pembangkang yang menggangotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menganggap laporan jawatankuasa itu terhadap skandal Koperasi Fidlot Kebangsaan (NFC) patut dibentangkan segera di Parlimen.
Panel Pakatan Rakyat PAC – Tony Pua, Datuk Kamaruddin Jaafar, Raja Kamarul Bahrin Abbas dan William Leong – sependapat bahawa laporan PAC itu tidak memberi kesan kepada perbicaraan yang sedang berlangsung.
Menurut MP tersebut, laporan itu meliputi proses dan tatacara agensi kerajaan yang relevan dalam meluluskan dan memantau projek tersebut.
"Dalam parlimen UK dan Kanada, ia telah diterima pakai bahawa soal sub judice perlu dilakukan dengan budi bicara, dan jika terdapat keraguan dalam fikiran panel, satu anggapan yang wujud sepatutnya dibenarkan untuk dibahas," kata Tony Pua dalam sidang media hari ini.
Pengerusi PAC dalam kenyataan 10 Jun lalu menyebut, hasil siasatan tersebut masih belum dapat dibentangkan kes tersebut masih berlarutan di mahkamah.
Nur Jazlan berkata laporan berkenaan disiapkan oleh anggota jawatankuasa lebih setahun lalu, sebelum pilihan raya umum ke-13, dan dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat pada tahun lalu.
Menurutnya, Spekaer Tan Sri Pandikar Amin Mulai merujuk perkara itu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang berpendapat ia mungkin sub judice kepada kes yang sedang dibicarakan.
Kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu melibatkan pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh.

